MENU
 

PEKELILING

1. Menjalankan Tugas Di Luar Kawasan Pejabat (Out-Station)

  • Semua pegawai dan kakitangan yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar kawasan pejabat (out-station) hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Dato' Bandar atau Setiausaha. Pegawai dan kakitangan perlu mengemukakan permohonan mengikut kategori di bawah:x

    Kategori Pegawai

    Kelulusan

    1. Setiausaha, Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian
    2. Lain-lain Pegawai

    Dato' Bandar

    Setiausaha

Walau bagaimanapun pegawai dan kakitangan yang dikehendaki menghadiri kursus wajib dan peperiksaan jabatan dikecualikan daripada mengemukakan permohonan.Semua permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang telah disediakan dan dihantarkan ke Bahagian Urus Setia dan Mesyuarat selewat-lewatnya SATU HARI sebelum tarikh tugas tersebut perlu dilaksanakan.

2. Perkhidmatan Kaunter Di Buka Pada Waktu Rehat

3. Mematuhi Waktu Bekerja

  • Mengikut Perintah Am Bab G (5) memperuntukkan bahawa semua pegawai, termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan. Seseorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai yang menjaganya sebelum berbuat demikian.
  • Ketua Jabatan adalah diminta mengambil tindakan memotong emolumen pegawai berkenaan mengikut Perintah Am Bab C 14A yang memberi kuasa kepada Ketua Jabatan bagi memotong emolumen pegawai yang tidak hadir bertugas dengan menguruskan gaji mereka dibayar secara manual bagi hari-hari yang mereka hadir bertugas secara penuh masa sahaja.
  • Untuk memastikan setiap jabatan sentiasa berada di tahap yang cemerlang, pihak yang berkenaan dikehendaki melaporkan segera kes meninggalkan pejabat oleh kakitangan di waktu bekerja tanpa kebenaran kepada Pentadbiran Negeri atau Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Laporan tersebut hendaklah mengandungi tarikh-tarikh, masa dan hal keadaan tidak mematuhi waktu bekerja beserta dengan apa-apa bukti yang berkaitan.

4. Permohonan Cuti Tanpa Rekod

  • Pentadbiran Majlis telah menetapkan permohonan cuti tanpa rekod daripada pegawai/kakitangan yang terlibat dalam bidang sukan hanya boleh diberi pertimbangan sekiranya dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri/Persekutuan termasuk Majlis Sukan Negeri, MAKSAK dan Kelab Sukan dan Kebajikan MBKT sahaja.
  • Selain daripada agensi-agensi yang dinyatakan di atas, mana-mana pegawai/kakitangan terlibat yang masih berhasrat menglibatkan diri dalam sukan berkenaan dinasihatkan mengambil cuti rehat tertakluk kepada kelulusan daripada ketua jabatan masing-masing.