MENU
 

5. Penetapan Waktu Minum Pagi

  • Pentadbiran Majlis telah bersetuju menetapkan jadual masa bagi tujuan minum pagi kepada semua pegawai dan kakitangan dalam dua (2) peringkat sebagaimana berikut :

    • Mulai jam 9.30 pagi dan 10.00 pagi
    • Tempoh masa bagi satu peringkat hendaklah tidak melebihi 30 minit
  • Pihak yang berkenaan dikehendaki mengatur penggiliran pegawai/kakitangan dan memastikan pejabat tidak dikosongkan oleh sebab kakitangan keluar serentak bagi tujuan minum pagi. Pentadbiran ini memandang serius arahan ini dan tindakan akan dikenakan jika didapati terdapat pegawai dan kakitangan yang gagal mematuhinya

6. Kebajikan Kepada Pegawai/Kakitangan Termasuk Waris Terdekat

  • Pihak Pengurusan Majlis telah mengambil inisiatif dengan meminta pihak yang berkenaan memaklumkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia jika ada pegawai/kakitangan termasuk waris terdekat kepada pegawai/kakitangan seperti suami, isteri, anak, ibu atau bapa meninggal dunia dan pegawai/kakitangan masuk wad.

7. Pertukaran Kakitangan

  • Pertukaran kakitangan di peringkat Jabatan / Bahagian / Unit TIDAK DIBENARKAN tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada pihak pentadbiran.
  • Sehubungan dengan itu mana-mana arahan pertukaran yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan selepas tarikh 21 Mac 2004 hendaklah ditangguhkan dahulu dan kakitangan berkenaan hendaklah kembali bertugas di tempat asalnya.

8.Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja Dan Menghadiri Upacara Rasmi

  • Pihak yang berkenaan hendaklah memastikan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa dipatuhi dan bersama-sama ini diedarkan sesalinan Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Bil. 29 Tahun 2005 (Mematuhi Waktu Bekerja), Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi Bagi Pegawai Am), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi) dan Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Bil. 28 Tahun 2004 (Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Semasa Bekerja Pada Hari Khamis) sebagaimana di lampiran berkembar yang menerangkan maksud dengan sendirinya untuk makluman dan dipanjangkan kepada semua pegawai/kakitangan di bawah kawalan pihak berkenaan untuk dipatuhi. Juga diingatkan pegawai/kakitangan lelaki hendaklah berambut pendek.