MENU

Bas

Pertama kali di Terengganu, bas bercirikan tradisional istana lama melalui rekabentuk atap yang unik, beridentitikan kebudayaan negeri diperkenal kepada orang ramai.

Dua bas berkenaan diberi nama sempena dengan dua lokasi pelancongan terunggul Terengganu iaitu "Kenyir" dan "Redang".

"Bas Bandar" memulakan operasi bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari membawa penumpang ke destinasi pelancongan antaranya Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Pusat Kraftangan di Chendering, Pasar Besar Kedai Payang, Bukit Puteri, Istana Maziah dan Muzium Negeri serta beberapa lagi tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu.

Bas ini bakal menjadi tarikan baru pelancong untuk melawat ke lokasi pelancongan sekitar Kuala Terengganu.

 

Beca

Pengangkutan beca banyak terdapat di sekitar Bandar Kuala Terengganu terutamanya di kawasan bandar untuk memudahkan orang ramai melakukan perjalanan jarak dekat tanpa perlu berjalan kaki.

Kemudahan ini juga disediakan dengan tujuan untuk menarik pelancong untuk berkunjung ke Kuala Terengganu. Tambang untuk perkhidmatan beca ini juga adalah berpatutan.

 

Teksi

Pengangkutan teksi juga banyak terdapat di sekitar Bandar Kuala Terengganu. Ini memudahkan orang ramai untuk melakukan perjalanan yang agak jauh.

Pengguna juga boleh membuat tempahan awal untuk menggunakan perkhidmatan teksi tersebut. Antara kemudahan pengangkutan lain yang terdapat di sekitar Bandar Kuala Terengganu adalah seperti bas lompat.

Bas lompat ini kebiasaannya akan memulakan operasi dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.