MENU
 
  1. Adakah kaunter pembayaran MBKT dibuka pada waktu rehat?
    Kaunter pembayaran MBKT dibuka pada waktu rehat untuk kemudahan orang ramai.
     
  2. Adakah semua lampu jalan milik MBKT diselenggara sendiri oleh pihak MBKT?
    Lampu-lampu jalan milik MBKT diselenggara oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, MBKT.
     
  3. Apakah peranan pihak MBKT dalam menggalakkan orang ramai menjaga kecantikan persekitaran Kuala Terengganu?
    Jabatan Lanskap MBKT memberi galakan kepada orang awam untuk mencantikkan kawasan persekitaran mereka seperti di kawasan kediaman , rumah kedai, sekolah dan tadika dengan membekalkan tanaman rendang dan berbunga untuk kecantikan kawasan. Pihak Jabatan juga berhasrat mengadakan pertandingan untuk menggalakkan orang awam mengindahkan lagi persekitaran mereka.
     
  4. Kawasan-kawasan yang dipertanggungjawab kepada penduduk untuk diselenggara?
    Pihak Majlis telah menyerahkan tanggungjawab penyelenggaraan tersebut kepada JKKK atau ketua sesuatu organisasi yang membuat permohonan membekal pokok. Ini penting untuk memastikan keindahan lanskap tersebut berterusan.
     
  5. Adakah kempen penanaman pokok diadakan oleh MBKT?
    Setiap tahun kempen penanaman pokok akan dijalankan di peringkat negeri sempena sambutan Hari Lanskap. Sehubungan dengan itu pihak Majlis telah turut terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa pada hari tersebut.
     
  6. Apakah respon terhadap premis kotor?
    Membuat pemeriksaan, notis kesalahan, kompaun, membatal lesen dan mengarah untuk membersihkan premis yang berkenaan.
     
  7. Bagaimanakah pihak MBKT mengadakan kempen kebersihan?
    Melalui ceramah pendidikan kesihatan, pertandingan kebersihan, gotong-royong dan menjalankan kempen kebersihan di papan-papan tanda.
     
  8. Adakah sistem parking bertingkat yang disediakan oleh MBKT menjaminkan keselamatan kepada orang awam?
    Keselamatan memang terjamin dengan meletakkan kereta di parking bertingkat ini kerana pembinaannya yang kukuh serta keselamatan kereta terjamin daripada kerosakan serta kecurian.
  1. Berapakah bayaran kompaun yang dikenakan ke atas setiap kesalahan untuk sesebuah kenderaan?
    RM 5 sekiranya dibayar dalam masa 3 hari daripada tarikh pada kertas kompaun.
    RM 10 sekiranya dibayar dalam masa 7 hari daripada tarikh pada kertas kompaun.
    RM 40 sekiranya dibayar dalam masa lebih daripada 7 hari daripada tarikh pada kertas kompaun.
     
  2. Adakah MBKT akan mengadakan hari bertemu pelanggan?
    MBKT biasanya akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan sebulan sekali tetapi ianya juga bergantung kepada keadaan dan juga aktiviti Majlis dan tempat akan ditetapkan dari semasa ke semasa.
     
  3. Berapa lamakah tempoh masa perkhidmatan aduan awam yang dibuat akan diambil tindakan?
    Perkhidmatan aduan awam yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh (7 hari bekerja).
     
  4. Bilakah waktu operasi bagi kaunter bergerak?
    Waktu operasi untuk kaunter bergerak adalah seperti jadual di bawah :

    BIL

    TEMPAT

    MASA

    HARI

    1.

    Kaw. Perhentian Bas MBKT

    10.00 pagi

    3.00 petang

    Setiap hari Selasa Minggu Kedua Setiap Bulan.
    (8 Feb, 8 Mac, 5 April, 10 Mei,
    7 Jun, 5 Julai, 9 Ogos, 6 Sept,
    4 Okt, 8 Nov, 6 Dis)

    2.

    Mydin Mall Padang Hiliran

    10.00 pagi

    3.00 petang

    Setiap hari Isnin Minggu Kedua Setiap Bulan.
    (14 Feb, 14 Mac, 11 April, 16 Mei,
    13 Jun, 11 Julai, 15 Ogos, 12 Sept,
    10 Okt, 14 Nov, 12 Dis)

    3.

    Kawasan Pasar Batu Enam

    10.00 pagi

    3.00 petang

    Setiap hari Rabu Minggu Kedua Setiap Bulan.
    ( 16 Feb, 16 Mac, 13 April,
    18 Mei, 15 Jun, 13 Julai, 16 Ogos,
    14 Sept, 12 Okt, 16 Nov, 14 Dis)