MENU
 

 Logo MBKT

Rekabentuk Bendera MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) tersebut BERKONSEP - Dinamik, ciri-ciri warisan terutamanya kepala bangau dan mempunyai imej korporat.

IMEJ yang kukuh melambangkan MBKT sebagai sebuah Pihak Berkuasa yang menjanjikan kesejahteraan dan keselesaan kepada warga dan pelancong.

Keseluruhan bendera ini menonjolkan pembangunan cemerlang Bandaraya Kuala Terengganu dan era globalisasi terutamanya yang melibatkan pembangunan pelancongan dengan kepentingan WARISAN setempat.

Warna biru melambangkan MBKT menjaga serta mengekalkan keindahan semulajadi khususnya kepulauan dan Pesisir Air untuk menjadikan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air yang maju dan sejahtera.

 Jata Kerajaan Negeri

Jata Kerajaan Negeri

MBKT sebagai sebuah organisasi yang sentiasa mendukung dasar dan aspirasi pentadbiran Negeri.

Bunga Alamanda

Alamanda

Bunga Alamanda melambangkan identiti bandar Kuala Terengganu.

 Kepala Bangau

Kepala Bangau

Simbolik Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya yang mengekalkan warisan. Kepala Bangau merupakan rekabentuk perahu tradisional masyarakat Kuala Terengganu.Simbolik kepada kewujudan Kuala Terengganu yang berasaskan kepada kegiatan air (pelabuhan dan perikanan) dan akhirnya berkembang kepada sebuah bandaraya seperti mana yang kita lihat pada hari ini.Melambangkan kedudukan Kuala Terengganu yang secara geografinya yang terletak di muara Sungai Terengganu dan juga pesisir Laut Cina Selatan.