MENU
 

Sebarang perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan pentadbiran MBKT perlu mendapatkan lesen perniagaan.

  • Lesen Am
  • Lesen Penjaja dan Perniagaan Kecil
  • Lesen Industri

Pemohon dikehendaki menunaikan syarat-syarat diatas dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan permohonan ini tidak dapat dipertimbangkan.

 

Lesen Am

  1. Syarat Am
    • Lesen hendaklah dipamerkan pada setiap masa di tempat ketara.
    • Lesen tidak boleh ditukar milik.
    • Kebersihan premis/tempat makanan dan kawasan di sekeliling hendaklah dijaga setiap masa.
  2. Struktur Fizikal
    • Premis hendaklah dicat semula di luar dan di dalam.
  3. Halangan
    • Dilarang sama sekali meletak barangan jualan atau benda-benda lain di kakilima.
    • Dilarang membuat sebarang halangan di jalan susur/lorong belakang dan di tepi jalan.
    • Halangan atau rintangan di pintu masuk/keluar tidak dibenarkan.
  4. Kemudahan Sanitari
    • Sediakan tandas dan bilik air yang sempurna dan kebersihan perlu dijaga setiap masa.
  5. Kemudahan 'First Aid' (Bantuan Kecemasan)
    • Sediakan sebuah peti ubat kecemasan dan hendaklah selalu dilengkapkan dengan ubat-ubatan.
  6. Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap
    • Semua barang-barang yang tidak berguna ditegah dilonggok di merata tempat tetapi hendaklah disusun dengan teratur atau dibuang.
  7. Sediakan tong sampah yang sesuai dan bertudung
  8. Syarat-syarat Jabatan Bomba
    • Mengadakan 9kg Alat Pemadam Api jenis serbuk kering ABD.
    • Alat pemadam api hendaklah dihantar ke Jabatan Bomba tiap-tiap tahun untuk diuji.
    • Semua alat pemadam api hendaklah digantung 1 meter dari paras lantai dekat jalan-jalan keluar supaya mudah dilihat dan senang dicapai.
    • Semua jalan keluar hendaklah bebas dari segala halangan dan rintangan.
  9. Sistem perparitan yang sempurna perlu disediakan dan dijaga.

 

Lesen Penjaja dan Perniagaan Kecil

  1. Syarat-syarat Jabatan Bomba
    • Mengadakan 9kg Alat Pemadam Api jenis serbuk kering ABD.
    • Alat pemadam api hendaklah dihantar ke Jabatan Bomba tiap-tiap tahun untuk diuji.
    • Semua alat pemadam api hendaklah digantung 1 meter dari paras lantai dekat jalan-jalan keluar supaya mudah dilihat dan senang dicapai.
    • Semua jalan keluar hendaklah bebas dari segala halangan dan rintangan.
  2. Syarat-syarat Jabatan Kesihatan
    • Sediakan urinal bagi tandas dan kebersihannya hendaklah diawasi sepanjang masa.
    • Sediakan tempat membasuh dan bersama-sama bahan pencuci.
    • Premis hendaklah dicat semula di luar dan didalam.
    • Sediakan bekalan air yang bersih.
    • Mengadakan permukaan licin dan kalis air seperti tile atau lain-lain bahan yang boleh diterima disekeliling dinding bangunan dari ruang hadapan sehingga ke dapur sekurang-kurangnya lima kaki tinggi.
    • Kebersihan premis/tempat makanan dan kawasan disekeliling hendaklah dijaga setiap masa.
    • Air basuhan hendaklah disambung terus ke dalam sistem pembetungan.
    • Sediakan grease trap
    • Sediakan tandas dan bilik air yang sempurna dan kebersihan dijaga setiap masa.
    • Sistem pemaritan yang sebenar perlu disediakan dan dijaga kebersihannya.
    • Semua sampah sarap dan sisa-sisa makanan mesti dimasukkan ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
    • Lantai dan dinding premis perlu dimop dan dicuci selalu.
    • Sediakan tong sampah yang sesuai dan bertudung.
    • Pemohon dan semua pengendali makanan perlu disuntik TAB atau makan ubat di klinik MBKT.
    • Semua pengendali makanan hendaklah memakai tudung kepala dan apron.
    • Semua pengendali makanan mesti mendaftar untuk hadir kursus Asas Pengendali Makanan.
    • Pastikan amalan kebersihan diri diikuti sepanjang masa.
    • Pastikan pemohon dan pengendali makanan yang lain berkuku pendek serta tidak berpenyakit berjangkit seperti cirit-birit dan penyakit kulit.
    • Semua barang-barang yang tidak diguna ditegah dilonggok di merata-rata tempat tetapi hendaklah disusun dengan teratur atau dibuang.
    • Semua makanan mentah disimpan dalam setor khas dan yang dimasak disimpan dalam peti sejuk supaya dihindari daripada lalat dan lain-lain.
    • Pastikan semua makanan ditudung atau dipamer dalam tempat khas supaya tidak dicemar lalat, lipas dan sebagainya.
    • Semua ramuan-ramuan yang digunakan dalam masakan perlu disimpan dalam bekas-bekas khas dan dilabel.
    • Semua barang-barang yang tidak boleh dimakan dan beracun hendaklah disimpan di tempat atau bilik khas dan dilabel.
    • Dilarang sama sekali meletak barang-barang jualan atau benda-benda lain dikakilima.
    • Halangan atau rintangan dipintu masuk/keluar tidak dibenarkan.
    • Kerja-kerja hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan tidak dibenarkan dilakukan di luar premis.
    • Dilarang membuat sebarang halangan di jalan susur/lorong belakang dan di tepi jalan.

 

Lesen Industri

  1. Syarat Am
    • Lesen tidak boleh dipindah milik.
    • Lesen perlu dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.
    • Lesen perusahan industri hanya sah laku sehingga 31 hb. Disember.
    • Setiap lesen yang dikeluarkan boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika melanggar mana-mana peruntukkan Undang-Undang Kecil Majlis.
    • Pembaharuan lesen perlu dilakukan sebelum atau pada 28 hb. Februari ,adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 jika pihak pengurusan enggan berkerjasama dengan kakitangan unit industri dalam pemeriksaan di premis tuan.
  2. Kebersihan
    • Kebersihan bangunan dan kawasan sekeliling premis perlu dijaga setiap masa.