MENU

Piagam Pelanggan di MBKT adalah seperti berikut:

a)   Memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi serta mengutamakan dasar-dasar kerajaan dan kepentingan awam

b)   Memastikan pelaksanaan undang-undang akan dijalankan dengan penuh kecekapan, keadilan dan kesaksamaan

c)   Mempertingkatkan penyediaan premis-premis perniagaan dan perusahaan kecil

d)   Akan memproses permohonan pelan pembinaan rumah persendirian (sesebuah) dalam tempoh 21 hari dengan syarat :

i.    Dokumen-dokumen yang lengkap hendaklah disertakan semasa permohonan dikemukakan

ii.   Pelan-pelan yang dikemukakan hendaklah sempurna dan menepati undang-undang serta peraturan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

e)   Akan memproses permohonan pelan pembinaan bangunan bagi projek-projek perumahan, kilang, kompleks pejabat, kedai dan pembinaan-pembinaan lain dalam tempoh 90 hari dengan syarat:

i.    Dokumen-dokumen yang lengkap disertakan semasa permohonan dikemukakan

ii.   Pelan-pelan yang dikemukakan hendaklah sempurna, mematuhi syarat tanah dan perancangan serta menepati undang-undang dan peraturan Majlis Bandaraya

f)   Akan mengeluarkan sijil akuan kelayakan menduduki bangunan (CF) dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima dengan syarat :

i.    Pembinaan rumah / bangunan menepati pelan bangunan yang diluluskan

ii.   Menyempurnakan semua syarat jabatan-jabatan berkaitan yang dinyatakan semasa kelulusan pelan dikeluarkan

g)   Akan menyelesaikan bayaran bagi perkhidmatan / bekalan dalam tempoh 14 hari

h)   Akan mengeluarkan bil cukai taksiran 2 kali setahun sebelum 31 Januari untuk setengah tahun pertama dan sebelum 31 Julai untuk setengah tahun kedua

i)    Akan mempertimbangkan segala bantahan dan rayuan cukai taksiran dalam tempoh 90 hari

j)    Akan memberi kemudahan bayaran cukai secara ansuran

k)   Permohonan kebenaran merancang diluluskan dalam tempoh 90 hari

l)    Setiap permohonan tukar syarat tanah atau permohonan tanah kerajaan diberi ulasan dalam tempoh 14 hari bekerja

m)  Setiap permohonan bangunan diberi ulasan dalam tempoh 14 hari bekerja

n)   Khidmat nasihat akan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja

o)   Semua permohonan hendaklah mempunyai dokumen dan ulasan teknikal lengkap

p)   Berusaha meningkatkan infrastruktur dan program-program keindahan dan kebersihan Bandar. Permohonan pelan landskap akan diselesaikan dalam tempoh 20 hari bekerja selepas diterima daripada One Stop Centre

q)    Akan melaksanakan pungutan sisa pepejal dengan cekap dan dijalankan setiap hari di pusat bandar, tempat-tempat awam dan pusat perniagaan manakala setiap dua (2) hari sekali di taman-taman perumahan serta kawasan-kawasan lain