MENU

Perutusan Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman web Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Dalam era teknologi maklumat dan penggunaan peralatan ICT orang ramai boleh menyelesaikan sesuatu hal dengan cepat dengan menggunkan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai jabatan melalui penggunaan laman web.

MBKT turut mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sistem penyampaian perkhidmatannya. Ini membolehkan perkhidmatan diberikan kepada rakyat setempat lebih pantas, cepat dan cekap.

Adanya laman web ini membolehkan rakyat mengetahui peranan dan fungsi-fungsi MBKT kepada rakyat.Penduduk Kuala Terengganu khususnya boleh mengetahui maklumat semasa mengenai program-program yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu seperti program kebudayaan, sosial, sukan, rekreasi dan lain-lain yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu melalui laman web MBKT.

MBKT juga adalah antara sembilan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negara yang melancarkan Sistem Pusat Setempat (OSC) on-line pada 4 Januari 2011. Sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membolehkan MBKT memperkasa dan memperkemaskan proses perbandaran. Melalui e-Aduan, penduduk Kuala Terengganu boleh menggunakan perkhidmatan Aduan On-line yang memerlukan pengguna mendaftar ID Pengguna terlebih dahulu.

Akhir kata, saya sebagai peneraju kepada MBKT amat berharap supaya orang ramai sentiasa memberikan sokongan serta menyumbang pandangan yang positif untuk MBKT bergerak dengan jayanya selaras dengan hasrat menjadikan bandar ini sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air yang maju dan lestari menjelang 2018. MBKT juga amat mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan pandangan yang membina bagi memantapkannya.

Sekian, wassalam.

 

"TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu