MENU
 

img

Pada 18 Jun 2014, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengadakan Majlis Perbincangan Khas mengenai Cadangan Pembangunan Semula Pasar Payang bertempat di Dewan Prinz Redang, Prinzpark Resort, Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar MBKT dan telah dihadiri oleh seramai 70 orang dari pelbagai agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik, JKKK, Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu dll.

Ia bertujuan mengembeling idea serta pandangan orang ramai terutamanya pihak-pihak berkepentingan berhubung cadangan pembangunan semula pasaran berkenaan ekoran bantahan para peniaga semasa lawatan YAB. Menteri Besar Terengganu ke pasar tersebut baru-baru ini. YAB. Menteri Besar telah memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak MBKT untuk mengadakan perbincangan berkaitan supaya cadangan pembangunan boleh dilaksanakan mengikut suara serta kehendak ramai.

Pelbagai aspek telah diberi penekanan dalam perbincangan yang diadakan selama lebih kurang 3 jam itu, iaitu :

(a) Pelbagai isu relevan berkaitan Pasar Payang.

(b) Pengisian, susun atur  gerai-gerai jualan dan kehendak para peniaga.

(c) Pemuliharaan dan  pengekalan warisan.

(d) Pelancongan.

(e) Infrastruktur, keselamatan dan reka bentuk bangunan yang mesra pengguna.

[ Galeri Foto ]