MENU

Sejarah Kesultanan Terengganu bermula pada awal abad kelapan belas lagi. Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja, bergelar Sultan Zainal Abidin I ( 1725 – 1733 ) telah ditabalkan sebagai sultan Terengganu yang pertama. Kegemilangan berterusan pemerintahan kesultanan Terengganu telah membawa kepada kemakmuran dan kemajuan Kuala Terengganu sebagai Ibu Negeri selepas pekan Kuala Berang dan daerah-daerah yang lain. Proses pembangunan Infrastruktur telah dimulakan semasa pemerintahan Sultan Terengganu yang kesembilan ia itu Sultan Umar ( 1839 ). Beberapa batang jalan raya dibina di Kuala Terengganu dan laluan jalan-jalan wujud hingga ke hari ini. Sutan Umar mangkat pada tahun 1876. Sultan Terengganu yang kesepuluh ialah Sultan Ahmad Shah II. Baginda memerintah selama 6 tahun dan magkat pada tahun 1881. Takhta Terengganu diwarisi oleh putera baginda Tengku Zainal Abidin yang ditabalkan dengan gelaran Sultan Zainal Abidin III. Di zaman peperintahan baginda, Terengganu dikatakan mengalami pembangunan yang pesat. Bilangan Penduduk bertambah dengan cepat dan negeri Terengganu pada masa itu dibahagikan kepada 13 daerah. Kerajaan terengganu juga pada masa itu telah mempunyai matawang sendiri yang dinamai 'keping' dan 'pitis'. Wang-wang itu diperbuat daripada timah dan bentuk bulat dan leper. Pada masa itu juga cukai dikenakan ke atas rakyat. Cukai itu dinamakan 'banci' dan 'serah' – juga disebut sebagai cukai kepala.

Sumber daripada catatan sejarah tersebut juga telah menunjuk dan membuktikan bahawa akitiviti pedagangan aktif dengan kemasukan pedagang-pedagang dari luar yang menggunakan sungai bermula daripada ‘ kuala'/ muara sungai Terengganu untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Berang. Pedagang-pedagang tersebut telah memasarkan hasil mereka di Kuala Terengganu. Tempat yang dijadikan kawasan perdangangan ialah di sekitar Kedai Hilir, Kedai Payang dan Kampung cina.

Kedudukan Bandar Kuala Terengganu yang strategik pada masa dahulu hinggalah sekarang, di mana ianya merupakan muara kepada dua sungai utama ia itu sungai Terengganu dan sungai Nerus. Muara yang luas dan dikenali sebagai ‘ Telok Warisan ‘ begitu strategik, cantik dan indah.

Pulau Duyung yang terletak di permukaan muara serta beberapa pulau lain termasuk Pulau Wan Man, Pulau Sekati dan Pulau duyung Kecil memperlengkapkan lagi keindahan Bandar Kuala Terengganu.