MENU

Pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III juga perlantikan merinyu telah di lakukan bagi melaksanakan peraturan sukatan dan timbangan pada masa itu. Sebuah mahkamah telah ditubuhkan untuk memastikan undang-undang dapat dilaksanakan secara lebih adil dan teratur. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu diwujudkan. Sebuah penjara turut dibina.

Hubungan persahabatan dengan Kerajaan Siam telah dijalinkan, dimana baginda Sultan telah menghantar ufti berupa ' Bunga Emas' setiap tiga tahun sekali. Upacara perarakan Bunga Emas dan Perak di Kuala Terengganu pada tahun 1909 telah dibuat secara besar-besaran. ( Rujukan Gambar – Arkib Negera Malaysia – Lampiran ). Hubungan dua hala tersebut telah membawa kepada penghantaran pegawai-pegawai daripada Kerajaan Siam ( Thailand ) ke Kuala Terengganu semasa pertabalan Sultan Zainal Abidin. Maharaja Siam juga telah melawat Kuala Terengganu pada tahun 1887.

Selain terkenal dengan kraf tangannya, pelbagai jenis hasil kesenian kebudayaan dapat dilihat aktif seperti tarian ulit mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.

Selain daripada itu, pelbagai usaha pembuatan perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa. Industri kotej seperti pembuatan batik, songket, seni ukir kayu dan barang-barang tembaga masih kekal dan sangat berfeadah.

Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat dimata dunia dimana pelbagai kejohanan sukan bertaraf Nasional dan Antarabangsa diadakan di Bandar Kuala terengganu. Antaranya ialah Monsoon Cup Terengganu, Sultan's Cup Endurance Ride dan FEI World Endurance Championship 2008.

img

[ Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas ]