MENU
 

Adalah dengan hormatnya perkara di atas di rujuk dan pekeliling daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Bil. SUK.TR.572/344 Jilid 5- (44) dengan ini memaklumkan  tidak membenarkan semua pengusaha perniagaan  pasaraya  menjalankan  sebarang  aktiviti perniagaan pada hari raya  pertama Aidilfitri dan  hari raya  pertama  Aidiladha  bermula  tahun ini.

Sehubungan dengan itu. pihak Majlis memohon kerjasama daripada pihak tuan/  puan untuk memastikan supaya sebarang aktiviti perniagaan pasaraya tidak beroperasi  pada hari tersebut. Jika di dapati pihak tuan/ puan gagal mematuhi arahan ini, tindakan  undang-undang akan dikenakan terhadap tuan/ puan berpandukan undang-undang yang diguna pakai di Majlis dan diikuti dengan tindakan pembatalan lesen.

Kerjasama daripada tuan/ puan amatlah kami hargai.