MENU

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan, iaitu :-

  1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 ( 5 jawatan )
  2. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 (20 jawatan )
  3. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19( 4 jawatan )
  4. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 (29 jawatan)

SYARAT-SYARAT LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATAN :-

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i)          Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja);

ii)         Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii)        Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan

Sila klik di sini untuk memaparkan syarat-syarat penuh bagi jawatan di atas.

CARA MEMOHON

  1. Pemohon hendaklah mempunyai kelayakan akademik mengikut skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
  2. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian  melalui pautan berikut : http://online.mbkt.gov.my/kerjaya/
  3. Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan secara atas talian. Sila cetak borang permohonan daripada sistem tersebut dan hantar melalui ketua jabatan dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang terkini serta salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun berturut-turut dan dihantar ke alamat berikut:

DATUK BANDAR

MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Tingkat 4 - 8, Menara PMINT

No. 88, Jalan Sultan Ismail

20200 Kuala Terengganu

(u.p. :  Jabatan Khidmat Pengurusan)

  1. Sekiranya mempunyai kemusykilan tentang permohonan, boleh terus menghubungi Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, MBKT di talian no. 09-6271287, 09-6271117 atau 09-6271107.
  2. Tarikh Tutup Permohonan: 1 Oktober  2018.