MENU

OSC 3.0 Plus online merupakan sistem penyampaian prosedur pemajuan secara atas talian versi terkini yang ditambahbaik daripada sistem OSC 3.0 dan Portal OSC. Sistem yang dibangunkan bertujuan membantu pihak Principal Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan, ulasan agensi teknikal dan keputusan diperolehi secara atas talian.

Platform sebegini secara langsung telah menyokong kempen Go Green dan paperless dengan mengurangkan penggunaan kertas yang maksimum.

Sepuluh (10) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia sebagai perintis pertama telah menerimapakai sistem OSC 3.0 Plus Online bermula 1 Julai 2019. Pelaksanaan Fasa 2 kini diperluas ke PBT terpilih seluruh Malaysia termasuklah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Ianya selaras dengan surat arahan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan (KPKT).

Menyambut baik inisiatif tersebut, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah melaksanakan (Go Live) Sistem OSC 3.0 Plus Online berkuatkuasa 15 Ogos 2020.

Sistem OSC 3.0 Plus Online boleh dicapai melalui https://osc3plus.kpkt.gov.my/
atau pautan pada website Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Pusat Setempat (OSC), MBKT di talian 09-6271148/09-6271219.