MENU
 

Town Hall Program Pemutihan Bangunan Perniagaan yang merangkumi Jalan Simpang Tok Ku ke Sekolah Kebangsaan Losong dan Jalan Pintasan dari Jalan Tok Ku ke Perumahan PPR Padang Hiliran.

Sesi Town Hall ini diketuai oleh Setiausaha, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Hadir sama pada program ini Ahli Majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di kawasan pemutihan tersebut. Program tersebut diadakan di Dewan PPR, Padang Hiliran.

Tujuan program ini adalah bagi memastikan setiap pemilik bangunan mendapatkan Kelulusan Permit Bangunan daripada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu terlebih dahulu sebelum diberikan kelulusan mendapatkan Lesen Perniagaan.