MENU

Melalui rondaan pematuhan PKPB (20 Mei 2020) bermula jam 9.30 malam hingga 11.30 malam, di sekitar Kuala Terengganu, pihak MBKT telah menghentikan aktiviti dua (2) bengkel servis kenderaan yang telah melanggar arahan PKPB yang dikuatkuasakan. 

Premis berkenaan telah beroperasi melangkaui tempoh operasi yang ditetapkan.

Manakala rondaan pematuhan PKPB di sekitar Kuala Nerus bermula jam 9.30 malam hingga 11.30 malam (20 Mei 2020), didapati terdapat dua (2) buah kedai jualan pakaian terpakai yang melanggar arahan PKPB dan telah diarah tutup serta-merta. 

Pihak kami berharap ketidakpatuhan sebegini tidak berulang lagi dalam tempoh PKPB yang berkuatkuasa demi usaha pencegahan wabak maut COVID-19 di negeri ini.

Ayuh rakyat Terengganu! 
Patuhilah ketetapan PKPB dan setahap mana kepatuhan anda, adalah penentu kemenangan kita memerangi wabak COVID-19 di negeri ini.

#MBKT
#KualaTerengganu
#CaknaDiridanKomuniti
#PatuhiPKPB