MENU

Program Zon Bersih Pasar Kedai Payang anjuran bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu telah diadakan pada 15 Januari 2020 yang lalu di Pekarangan Pasar Kedai Payang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan kesemua 35 buah premis makanan di Pasar Payang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan mengekalkan kebersihan pada tahap yang ditetapkan iaitu Gred A.

MBKT menyeru para peniaga agar memberi kerjasama dengan meningkatkan lagi kualiti makanan serta kebersihan premis makanan di Pasar Kedai Payang selaras dengan peranan Pasar Payang itu sendiri yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan produk pelancongan utama di Negeri Terengganu.

[Foto Galeri]