MENU
 

Sempena bulan Ramadhan 1439H, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mengadakan Program Nostalgia Ramadhan di Pasarnita Tanjung. Pada 24 dan 31 Mei 2018 telah diadakan ceramah agama selepas solat sunat tarawih di perkarangan Pasarnita Tanjung. Ceramah agama tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ikram Hakim bin Mohd Radzi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Pengisian ceramah agama pada malam itu tentang kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Orang ramai mulai hadir pada pukul 9.45 malam sejurus selesai solat sunat tarawih. Turut hadir pada ceramah agama tersebut pengarah dan kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.