MENU

img

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menganjurkan Program ‘KT City Ride’ pada 7 Mac 2015 bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Program tersebut merupakan program santai berbasikal berbentuk kekeluargaan bertemakan ‘Go Green’. Acara ‘Flag Off’ telah disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Terengganu dan beliau turut berbasikal sejauh 9 km bersama isteri serta anak beliau. Penglibatan YAB. Menteri Besar dalam program ‘KT City Ride’ tersebut telah membuktikan komitmen beliau di dalam program kemasyarakatan yang telah diadakan itu. Turut menyertai acara berbasikal adalah YBhg. Datuk Bandar serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan MBKT.

Tujuan program tersebut diadakan adalah sebagai pengisian aktiviti-aktiviti santai hujung minggu bersama warga bandaraya Kuala Terengganu. Hadiah kepada 800 orang pemenang yang tiba ke garisan penamat adalah pokok-pokok bonsai dan begitu juga hadiah 100 cabutan bertuah. Buat pertama kalinya MBKT memberikan hadiah-hadiah seumpama itu sebagai satu kelainan dan usaha-usaha menghargai penghijauan alam sekitar. Penyertaan orang ramai adalah amat menggalakkan dan lebih 2,000 orang telah menyertai program “KT City Ride’ tersebut.

[ Galeri Foto ]