MENU
 

img

img

Pertandingan Karaoke Tertutup MBKT telah diadakan pada 13 April 2014 di Kelab Eksklusif MBKT, Batu Burok, Kuala Terengganu. Tujuan pertandingan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan juara serta naib juara akan mewakili MBKT ke Pertandingan Karaoke Sukan Kerajaan Tempatan yang akan diadakan di Setiu, Mei nanti. Seramai 16 orang peserta telah mangambil bahagian di dalam pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan itu. Encik Siddiq bin Hussin dari Bahagian Perkhidmatan Tempat Letak Kereta telah menjuarai pertandingan, tempat ke-2 disandang oleh Puan Shahrul Aidayu binti Abdullah dari Bahagian Urus Setia Mesyuarat manakala tempat ke-3 disandang oleh Encik Mohd Yazid bin Mohd Tahir dari Jabatan Landskap.