MENU
 

img

Bersempena Sambutan Ulangtahun Yang Ke 53 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu telah diadakan Pertandingan Kenderaan Berhias 2015. Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu lori dan beca berhias.Bagi kategori lori berhias disertai oleh lapan wakil Pejabat Daerah di Terengganu manakala bagi kategori beca berhias pula disertai oleh 14 agensi, dan setiap agensi disediakan sebanyak tiga buah beca untuk dipertandingkan dengan bertemakan ’17 Tahun Pemerintahan, Dirgahayu Tuanku’.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah menyertai kategori beca berhias dengan mengenengahkan konsep moden kontemporari iaitu penggabungan elemen-elemen warisan, tradisional serta moden. Istana dijadikan elemen utama di dalam reka bentuk ketiga-tiga buah beca, iaitu Istana Maziah, Istana Badariah dan Istana Syarqiyyah. Selain daripada itu, turut dipamerkan rekabentuk tanjak, jata dan keris yang memartabatkan Kesultanan Melayu Terengganu manakala replika Kepala Bangau pula melambangkan identiti tersendiri Negeri Terengganu Darul Iman. Elemen-elemen tersebut telah digabungjalinkan sehingga membentuk satu terjemahan identiti tersendiri dan unik untuk dipersembahkan.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Beca Berhias dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 manakal tempat kedua dimenangi oleh KETENGAH dan tempat ketiga dimenangi oleh EPIC.

[ Galeri Foto ]