MENU
 

Satu Pasukan Taskforce Pemantau bagi PKPB telah dibentuk oleh pihak PDRM Terengganu bermula 7 Mei 2020. Keanggotaan pasukan diketuai oleh pihak PDRM dengan ahli-ahli pasukan daripada pihak ATM, Penguatkuasa MBKT, pihak APM Terengganu, pihak KPDNHEP Terengganu dan pihak RELA Terengganu.

Fungsi pasukan ini adalah untuk menjalankan rondaan pematuhan PKPB secara bersama ke atas:

i. semua permis perniagaan
ii. tapak binaan
iii. taman rekreasi awam
iv  pasar awam 
v. pasar borong
vi. pusat pengangkutan awam
vii  pasar raya
viii. rumah ibadat
ix. hotel & rumah tumpangan

Di samping itu, pasukan ini juga ditugaskan untuk menangani masalah ketidakpatuhan arahan PKPB di kalangan peniaga, pengurus, pengusaha, penjaja serta orang awam.

Pasukan ini akan memulakan rondaan Sesi 1 seawal jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan Sesi 2 bermula jam 4.00 petang hingga 12.00 malam. Setiap pasukan yang bertugas akan dianggotai dengan bilangan:
3 orang pihak PDRM, 2 orang pihak ATM, 3 orang pihak MBKT, 3 orang KPDNHEP, 2 orang pihak APM dan 2 orang pihak RELA. Menjadikan 15 anggota kesemuanya.

Pihak kami amat berharap semua orang awam termasuk peniaga, pengusaha, pengurus serta penjaja memberikan kerjasama yang padu dengan mematuhi sepenuhnya arahan PKPB yang ditetapkan.