MENU

Pihak MBKT telah menjalankan operasi penguatkuasaan ke atas premis kedai runcit di lorong bersebelahan Jalan Syed Hussein, Kuala Terengganu sebagaimana aduan orang awam. 

Premis kedai runcit tersebut telah melakukan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) 2013 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Melalui operasi ini, aktiviti niaga premis ini dihentikan, satu (1) kompaun kesalahan telah dikeluarkan dan semua barangan premis ini telah disita oleh pihak MBKT. 

Pihak kami berharap mana-mana premis niaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen hendaklah segera mendaftarkan perniagaan mereka secara sah dengan pihak MBKT bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan sedemikian dilaksanakan.