MENU
 

Pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Bomba dan KKM telah mengadakan operasi disinfeksi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) pada pagi ini. Setiausaha MBKT, Encik Fadli Yusof bin Haji Zakaria mengetuai operasi ini bagi memantau kerja-kerja yang dilakukan. Turut hadir pada operasi tersebut, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Tuan Haji Ariffin bin Abdullah. Operasi ini dilakukan bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjaga dan dihindari daripada wabak Covid-19.

Sinergi MBKT-PDKN-BOMBA-MAHB-KKM