MENU

Pada  13 Julai 2019, operasi bersepadu membanteras gejala sosial remaja telah diadakan bersama pihak PDRM di Plaza Padang Negara, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Operasi ini tertumpu kepada aktiviti jenayah, dadah dan rempit. Ia disertai seramai 16 orang anggota yang terdiri daripada tiga orang pegawai, 11 orang anggota lain-lain pangkat dan dua orang pemandu.

Hasil daripada operasi tersebut Bahagian Penguatkuasa telah mengambil tindakan mengkompaun dan menyita kepada tiga (3) buah premis perniagaan kerana didapati bersalah di bawah Per. 28 Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam 1981 iaitu meletak apa-apa barang diatas lebuh menyebabkan halangan. Sebanyak 37 buah alatan shisha telah disita. Untuk makluman, di premis tersebut berlakunya aktiviti tidak bermoral (pelacuran/gejala dadah). Pada operasi tersebut, jumlah yang terlibat seramai 42 orang dan 21 orang bagi pelbagai kesalahan trafik.

[ Galeri Foto ]