MENU
 

img

img

Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-15 bagi tahun 2014/2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 April 2014 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu. Seramai lebih kurang 200 orang ahli telah hadir ke mesyuarat tersebut yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar MBKT. Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Encik Azih bin Muda, Presiden CUEPACS Malaysia merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia.