MENU

Majlis Ramah Mesra YBhg Datuk Bandar Bersama Warga Bengkel Chendering, Kuala Terengganu telah diadakan pada 19 Disember 2018. Majlis tersebut telah diadakan di Bengkel Chendering,Kuala Terengganu yang menempatkan beberapa Jabatan antaranya Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan, Jabatan Landskap, Jabatan Kejuruteraan dan Insfrastruktur Awam serta Jabatan Peyelenggaraan Bangunan dan Elektrikal. Tujuan majlis ini diadakan bagi memupuk hubungan erat antara pihak pengurusan dan kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Suasana  petang yang hening disusuli dengan gerimis mewujudkan suasana yang tenang sepanjang majlis berlangsung. Sesi soal jawab diadakan secara lebih santai bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara Datuk Bandar dan warga kerja Bengkel Chendering

 

[ Galeri Foto ]