MENU
 

Program Seni Hias Bandar yang mendapat sentuhan daripada anak muda negeri Terengganu telah memberi wajah baru kepada bandar raya Kuala Terengganu. Terkini, Program Seni Hias Bandar ini telah menghiasi deretan bangunan kedai lama di Jalan Banggol dengan lukisan yang berkonsepkan kehidupan dan masyarakat Tradisional Terengganu. Lukisan ini berjaya disiapkan dalam masa sebulan sahaja kerana pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak dalam mengindahkan bandar raya Kuala Terengganu. Sentuhan kreatif ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee pada 9 Julai 2017. Turut hadir sama pada majlis perasmian tersebut, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar. Lukisan mural yang dihasilkan ini memberi nafas baharu kepada bandar raya Kuala Terengganu dan sekali gus dapat menarik minat pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

[ Galeri Foto ]