MENU

img

img

Pada 1 Jun 2014, YAB. Dato' Hj. Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu telah mengadakan lawatan ke Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. YBhg. Dato' Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar serta beberapa orang pegawai kanan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) turut mengiringi beliau. Lawatan tersebut merupakan lawatan yang julung-julung kali diadakan semenjak beliau dilantik sebagai pemimpin Negeri ini.

Ekoran dari tinjauan selama sejam di pasar tersebut, YAB. Menteri Besar telah memutuskan supaya MBKT mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak terutama para peniaga bagi mendengar pandangan dan penjelasan mereka mengenai kesesuaian meneruskan projek pembinaan Pasar Payang baharu. Pandangan komuniti adalah perlu bagi mengelak cemuhan, keluhan rakyat dan pelbagai masalah timbul di kemudian hari.