MENU

img

YAB. Menteri Besar telah mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 23 Februari 2015 jam 9.00 pagi dan disambut oleh YBhg. Datuk Bandar serta semua pegawai-pegawai kanan MBKT. YAB. Menteri Besar telah ditaklimatkan mengenai Pembangunan Kuala Terengganu oleh YBhg. Datuk Bandar di Dwan Alamanda , aras 8 MBKT.

Antara pengisian Taklimat Pembangunan Kuala Terengganu ialah mengenai Dataran Shahbandar yang akan dipelbagaikan aktiviti dan juga karnival untuk masyarakat yang akan dimulakan dengan Program ‘KT City Ride’ pada 7 Mac 2015. Selain itu, MBKT akan membangunkan lebih banyak restoran di kawasan tersebut kerana ia kini menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai bersama keluarga.

Taklimat juga berkisar mengenai kajian semula kesesakan jalan raya, pencahayaan di kawasan jambatan dan ‘waterfront’, landskap, laluan pejalan kaki berbumbung dari Hentian Bas MBKT ke Pasar Besar Kedai Payang, penaiktarafan Taman Rekreasi Teluk Ketapang dan juga cadangan mengadakan laluan basikal serta pejalan kaki di pusat bandar Kuala Terengganu.

Beberapa elemen ekonomi dan pelancongan turut diberi penekanan oleh YBhg. Datuk Bandar seperti cadangan mengadakan Program ‘KT Walk’ di kawasan Pulau Warisan yang akan dimulakan pada bulan April 2015, insentif cukai pintu, festival makanan, ‘floating market’, ‘seafood centre’ di Batas Baru dan Teluk Ketapang, pembangunan Pasar Gong Kapas, kampong tradisional di Kampung Nesan Empat serta kereta kabel. Manakala bagi elemen sosial dan kemasyarakatan pula, YBhg. Datuk Bandar akan mengadakan program-program yang boleh memupuk perasaan warga bandaraya Kuala Terengganu agar sayangkan bandaraya ini. Seterusnya aktiviti senamrobik untuk kesihatan akan dimasukkan acara silat dan ‘tai chi’ sebagai pengisian bandaraya Kuala Terengganu.

[ Galeri Foto ]