MENU
 

Pihak MBKT telah menerima lawatan daripada Majlis Perbandaran Kulim pada 22 Ogos 2019 bertempat di Kelab Eksklusif, Pantai Batu Burok. Rombongan lawatan ini diketuai oleh Ir Muhammad Tarmymy bin Che Ani, Pengarah Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Kulim. Lawatan ini bertujuan bagi perkongsian ilmu berkaitan pengurusan aduan awam di Jabatan Kejuruteraan dan Infrasturktur Awam, MBKT. Perkongsian ilmu ini amat berguna bagi menambahbaik pengurusan aduan di MBKT.