MENU

img

img

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah mengadakan lawatan kerja ke MBKT pada 1 Jun 2014. Rombongan lawatan telah diketuai oleh YBhg. Tuan Hj. Abdul Latif bin Mohamad, Pegawai Khas kepada Yang Dipertua. Lawatan tersebut berkisar mengenai proses pelaksanaan kios peserta-peserta e-kasih yang berstatus miskin dan mudah miskin di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Para peserta lawatan juga telah dibawa melawat kiosk-kiosk yang telahpun siap pembinaannya oleh Puan Wan Juliani binti Wan Ismail, Penolong Pegawai Tadbir (Kemasyarakatan) bagi memberi gambaran yang lebih jelas tentang keluasan dan lokasinya.