MENU

img

img

Pada 24 April 2014, MBKT telah menerima kunjungan dari Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Daerah Baling, Kedah di Kelab Eksklusif MBKT, Batu Burok. Konvoi bermotosikal seramai 40 orang itu telah diketuai oleh Encik Afif bin Shaari, Penolong Pegawai Tadbir, Majlis Daerah Baling. Lawatan tersebut adalah untuk berkongsi idea berkenaan Pengurusan Kelab Sukan dan Kebajikan MBKT – MDB. Mereka telah disambut oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan MBKT (KESUMBA) yang diwakili oleh Encik Mohd Radzi bin Mohd Shah, Pengarah Jabatan Penyelenggaraan Bangunan dan Elektrikal, Encik Suzaimi bin Mazlan, Penolong Pegawai Persekitaran Kanan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran serta beberapa orang AJK KESUMBA.