MENU
 

img

img

Lawatan tersebut telah diadakan pada 8 November 2014 jam 2.30 petang di Kelab Eksklusif MBKT, Batu Burok, Kuala Terengganu. Ia telah diketuai oleh Encik Shahrin bin Sahat, Penolong Pengarah Korporat dan Antarabangsa Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB). Rombongan dari MBMB telah disambut oleh kakitangan Unit Kebudayaan MBKT dan ditaklimatkan mengenai Unit Kebudayaan MBKT oleh Puan Noor Laila binti Ariffin, Penolong Pegawai Penerangan Kanan MBKT. Selain itu, mereka turut dihiburkan oleh persembahan Kombo Bandaraya yang diselang selikan juga dengan persembahan oleh Kombo MBMB.