MENU
 

Pada 10 Julai 2019 pihak MBKT telah menerima lawatan kerja daripada Majlis Daerah Pasir Putih (MDPP). Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah menyampaikan taklimat berkaitan Prosedur Kelulusan Kebenaran Merancang Segera (KM48) dan penguatkuasaan Kebenaran Merancang di bawah Akta 172.

Pihak Majlis Perbandaran Temerloh turut mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 14 Julai 2019. Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Temerloh, Encik Mokhtar Bin Abdul Mubin.

Hasil daripada lawatan tersebut secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama PBT. Melalui lawatan sebegini juga ia dapat memberi kelebihan kepada pihak MBKT dari segi permarkahan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) dan seterusnya meningkatkan lagi imej MBKT.

[ Galeri Foto ]