MENU

img

Kursus penggunaan E-mail dan Microsoft Office 2007 telah diadakan pada 30 hingga 31 Mac 2014 bertempat di Pusat Latihan ICT, Paya Keladi, Kuala Terengganu. Ia disertai oleh seramai 30 orang Pembantu Tadbir Gred N17 hingga Gred N22 bagi setiap sesi. Para peserta telah didedahkan tentang kaedah penggunaan e-mail yang betul bagi menggantikan penghantaran surat pada masa akan datang. Peserta-peserta juga diberikan tunjuk ajar mengenai penggunaan Microsoft Office 2007 iaitu Microsoft Excel, Microsoft Office dan Microsoft Power Point. Kemahiran menggunakan Microsoft Office 2007 sedikit sebanyak akan dapat membantu peserta-peserta kursus meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran masing-masing.