MENU
 

img

Pasar Malam `KT Walk' telah dibuka sejak 24 April 2015 di sepanjang Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Gerai jualan bermula daripada bangunan Menara PMINT sehingga bangunan Tabung Haji. Jalan Sultan Ismail ditutup kepada orang ramai bermula jam 3 petang bagi memudahkan peniaga membuat persiapan tempat sebelum perniagaan bermula dari jam 5.00 petang dan berakhir jam 12.00 tengah malam. Hampir seramai 100 peniaga tempatan terlibat menjual produk seperti makanan tradisional Terengganu, produk asas tani, pakaian, barangan cenderahati dan kraftangan. KT Walk berjaya menarik minat ramai pengunjung bukan sahaja daripada Negeri Terengganu malahan pengunjung daripada negeri lain.

Pada 20 November 2015 telah diadakan Majlis Perasmian KT Walk yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu. Bagi menarik lagi minat pengunjung, pada hari tersebut turut diadakan program ‘Jom Makan Laksa' dimana para pengunjung KT Walk diberi makan laksa secara percuma. Selain daripada itu, turut diadakan pelbagai aktiviti lain seperti Cabutan bertuah untuk pembayar Cukai Pintu, Pertunjukan fesyen daripada pelajar Shahputra dan penyerahan kiosk bergerak.

[ Galeri Foto ]