MENU
 

img

img

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) muncul Juara di Kejohanan Futsal MAKSAK Negeri Terengganu 2014 yang telah berlangsung di Arena Futsal Sport Planet Gong Badak, Kuala Terengganu pada 20 September 2014 yang lalu.

MBKT adalah satu pasukan yang sukar disaingi kerana kejayaan 2 pasukan MBKT yang telah melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan tersebut iaitu MBKT A dan MBKT B. sebagai juara dan naib juara. Tempat ketiga pula dimenangi oleh oleh Pasukan Unisza dan KWDIA.

Pengurus Pasukan MBKT, Encil Zaidi Abd Rahman berkata, pasukan MBKT diperkuatkan lagi oleh pemain PBDKT/TTEAM musim ini. Beliau dan pasukan mempertahankan kejuaraan tahun lalu. Kemenangan kali ini kerana semangat yang ditunjukkan oleh pemain sendiri.