MENU

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah menyertai Karnival Sukan Kerajaan Tempatan (MALA) 2019 yang telah berlangsung pada 14 hingga 16 November 2019 bertempat di Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Terdapat beberapa acara sukan yang dipertandingkan antaranya acara ping pong, karom, bola tampar, sepak takraw dan futsal.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen MBKT kerana telah berjaya mendapatkan tempat ketiga darpada 100 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanding apabila telah berkongsi mata dengan pihak Majlis Perbandaran Klang  sebanyak 40 mata.

Pada Karnival sukan tersebut untuk  acara ping pong MBKT telah dinobatkan sebagai juara, bagi acara futsal MBKT berada ditempat kedua, manakala bagi  kejohanan sepak takraw, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah berjaya mendapatkan tempat ke-3. Manakala untuk kejohanan bola tampar, MBKT hanya berjaya sampai ke peringkat suku akhir. MBKT hanya berjaya mara ke pusingan ke-2 untuk kejohanan karom peringkat kumpulan.

Majlis Penutup Karnival Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2019 telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang, Selangor. Di majlis tersebut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Karnival Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2019. Manakala bagi Naib Johan Keseluruhan dimenangi oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Majlis Penyampaian Hadiah dan Piala Pusingan kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Ar Dato' Yew Tung Seang, Presiden MALA, Y.B Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman, Pengerusi Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT, YBhg. Dato' Mohamad Yasid bin Bidin, YDP MP Klang dan Puan Elya Marini binti Darmin Setiausaha MP Klang.

[Foto Galeri]