KEKOSONGAN PREMIS / PASAR MILIK
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
PREMIS | PASAR AWAM |
---|---|
TATACARA DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN MENGISI KEKOSONGAN PREMIS MILIK
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
1. Taraf kerakyatan pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun ke atas serta sihat tubuh badan;
2. Pemohon dikehendaki melihat keadaan lokasi premis terlebih dahulu sebelum memohon kekosongan premis;
3. borang permohonan hendaklah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
- Satu salinan fotostat kad pengenalan pemohon (tidak dikembalikan);
- Sekeping gambar bersaiz passport (tidak dikembalikan);
- Satu salinan fotostat Pendaftaran Perniagaan (SSM); dan
- Salinan penyata bank (3 bulan terkini) .
4. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Bahagian Pengurusan Harta selepas tiga (3) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya;
Borang Permohonan yang telah siap diisi hendaklah diserah ke Kaunter Setempat No, 5, Aras Bawah, Majlis Bandaraya Kuala terengganu, Menara MBKT, No. 1 Jalan Warisan Tanjung 1, 20000 Kuala Terengganu.
Catatan :
Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Setempat No. 5, Aras Bawah, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Menara MBKT, No. 1 Jalan Warisan Tanjung 1, 20000 Kuala Terengganu
**Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 09-612 1641/1642