Sebarang perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan pentadbiran MBKT perlu mendapatkan lesen perniagaan.
- Lesen Am
 - Lesen Penjaja dan Perniagaan Kecil
 - Lesen Industri
 
Pemohon dikehendaki menunaikan syarat-syarat diatas dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan permohonan ini tidak dapat dipertimbangkan.
Lesen Am
- Syarat Am
- Lesen hendaklah dipamerkan pada setiap masa di tempat ketara.
 - Lesen tidak boleh ditukar milik.
 - Kebersihan premis/tempat makanan dan kawasan di sekeliling hendaklah dijaga setiap masa.
 
 - Struktur Fizikal
- Premis hendaklah dicat semula di luar dan di dalam.
 
 - Halangan
- Dilarang sama sekali meletak barangan jualan atau benda-benda lain di kakilima.
 
- Dilarang membuat sebarang halangan di jalan susur/lorong belakang dan di tepi jalan.
 - Halangan atau rintangan di pintu masuk/keluar tidak dibenarkan.
 
 - Kemudahan Sanitari
- Sediakan tandas dan bilik air yang sempurna dan kebersihan perlu dijaga setiap masa.
 
 - Kemudahan 'First Aid' (Bantuan Kecemasan)
- Sediakan sebuah peti ubat kecemasan dan hendaklah selalu dilengkapkan dengan ubat-ubatan.
 
 - Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap
- Semua barang-barang yang tidak berguna ditegah dilonggok di merata tempat tetapi hendaklah disusun dengan teratur atau dibuang.
 
 - Sediakan tong sampah yang sesuai dan bertudung
 - Syarat-syarat Jabatan Bomba
- Mengadakan 9kg Alat Pemadam Api jenis serbuk kering ABD.
 - Alat pemadam api hendaklah dihantar ke Jabatan Bomba tiap-tiap tahun untuk diuji.
 - Semua alat pemadam api hendaklah digantung 1 meter dari paras lantai dekat jalan-jalan keluar supaya mudah dilihat dan senang dicapai.
 - Semua jalan keluar hendaklah bebas dari segala halangan dan rintangan.
 
 - Sistem perparitan yang sempurna perlu disediakan dan dijaga.
 

