1. Pasar Besar Kedai Payang
Sebuah pasar yang setaraf pasar seni kalau di Kuala Lumpur ini amat terkenal dalam kalangan pelancong. Kalau anda
nak membawa pulang buah tangan hasil Terengganu datanglah ke Pasar Besar Kedai Payang.Terdapat bermacam
produk yang dijual di sini seperti sutera, songket, batik, periuk belanga, makanan hasil laut Terengganu seperti keropok,
rempah nasi dagang ikan masin dan banyak lagi.
Alamat : 20000, Kuala Terengganu, Malaysia
2. Mydin Hypermarket Kuala Terengganu
Alamat : Lot PT 1547 & 1548, Jalan Sultan Mohamad, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon : 09-627 6786
3. Giant (Kuala Terengganu Mall)
Alamat : Padang Hiliran, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Telefon : 09-631 9233
4. Kompleks Kraf Noor Arfa
Kompleks Kraf Noor Arfa ini memiliki reka bentuk tradisional Terengganu. Sebuah lokasi yang perlu dilawati untuk
mengenali dan melihat dengan lebih dekat lagi keindahan dan keunikan seni batik di Malaysia.Yang menariknya lagi, anda
boleh membeli secara borong batik-batik di sini. Terdapat juga kraftangan lain yang dipamerkan di sini seperti anyaman,
ukiran kaca dan wau.
Alamat : Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) Lot 4153, Kawasan Perindustrian Cendering, 21080 KualaTerengganu.
No. Telefon : 09-617 9700
Laman Web : https://noorarfa.com/
5. Paya Bunga Sentral
Alamat : Jalan Tengku Embong Fatimah, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
6. Desa Murni
Sekiranya anda ingin membeli-belah pakaian dengan sakan inilah destinasi yang tepat kalau berada di Terengganu. Di
sini terdapat bermacam-macam jenis rekaan kain batik, kain pasang, baju melayu, telekung dan kain pelikat. Ia juga boleh
dikatakan sebagai syurga membeli-belah bagi wanita kerana di sini juga menempatkan beribu-ribu pilihan tudung
muslimah kerana Desa Murni juga turut dikenali sebagai pusat tudung muslimah terbesar di pantai timur.
Alamat : Jalan Sultan Mohamad, Kampung Bukit Kecil, 21100 Terengganu
No. Telefon : 017-358 7457
Laman Web : https://desamurnibatik.my/