Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu yang luasnya lebih kurang 60, 528.1 hektar persegi dan merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Terengganu. Keseluruhan bahagian Timur Daerah Kuala Terengganu secara Geografinya menghadap Laut China Selatan dan termasuk Pulau Redang dan Pulau Bidong yang merupakan pulau dan destinasi Pelancongan utama di Negeri ini. Bandar Kuala yang berada di muara sungai Terengganu yang luas dan merentasi sempadan daerah lain ke Hulu Terengganu dan hulu Nerus. Sungai yang satu ketika dahulu merupakan laluan sangat penting bagi aktiviti pengangkutan dan perdagangan. Dalam hubungan ini juga sebahagian besar sosio-kebudayaannya dipengaruhi oleh budaya pesisir, berjiwa dan berwatak pelaut. Secara tradisinya penduduk di daerah ini merupakan nelayan, pembina bot dan pelayar yang mahir.
Sejarah menunjukkan Terengganu dan Kuala Terengganu sendiri telah dikenali semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Dalam buku-buku sejarah China seperti ' Ling-wai-Tai-ta ' karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ' Teng-ya-nu' dan buku Cu-fan-Cih ' karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut Teng-ya-nung'. Kedua dua nama tersebeut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk Kerajaan Seri Wijaya ( San-fo-Cih ) pada kurun ke 2. Ptolemy seorang ahli kaji bintang Greek telah mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjong Tanah Melayu, Pelabuhan itu ialah Primula dan Kole . Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman.
Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah Negeri yang dinamai ' Tan-Tan' yang menghantar Ufti ke China dan Paul Wheatley merumuskan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berkerajaan di Kuala Besut atauKuala Terengganu. Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perniagaan utama di Asia Tenggara pada abad kedua belas. Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Perdangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak. Pengembara China, ‘ Chao Ju Kua ' dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebu ‘ Teng-Ya-Nong ‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.
Penemuan khazanah sejarah yang sangat bernilai lain, ia itu seketul batu granit berbentuk empat segi yang berukir tulisan dengan ukuran 84cm tinggi , 53cm lebar bahagian atas dan 27cm lebar dibahagian bawah dan berat batu tersebut 215 kg dan diukir dengan tulisan pada empat penampangnya menggunakan tulisan yang menggunakan campuran bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu, pada tahun 1303 Masehi / 702 Hijrah. Batu tersebut di kenali dengan nama batu bersurat. Penemuan itu juga telah menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai dan merupakan satu-satunya bukti yang menunjukkan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu pada abad ke empat belas lagi.
- 1
- 2
- 3
- 4
- berikut ›
- terakhir »