MENU
 

Sistem Parkir Automatic "Rotary Type" di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu melibatkan 24 set sistem parkir untuk kereta biasa.Satu set boleh memuatkan 10 buah kereta (saloon car). Jumlah parkir adalah sebanyak 240 buah kereta.

Kelebihan-kelebihan menggunakan sistem parkir automatic jenis "rotary" adalah :-

  • Menjimatkan penggunaan tanah
    Dapat memuatkan 10 buah kereta dengan menggunakan luas dua buah kereta.

  • Menjimatkan masa
    Pemilik hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang kosong tanpa perlu berpusing berkali-kali seperti di dalam parkir bertingkat biasa.

  • Aspek keselamatan
    Pemandu khusunya wanita tidak perlu menaiki lif atau tangga atau berjalan jauh untuk keluar seperti di dalam bangunan parkir bertingkat biasa.

  • Memudahkan
    Pemandu hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang yang tetap dan sistem akan memutarkan ruang parkir yang kosong untuk kenderaan seterusnya.

Sistem parkir automatic "rotary type"di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu di jangka akan siap akhir tahun 2010 dan akan mula beroperasi pada awal tahun 2011.

img   img