MENU
 

 

  1. Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan bukan projek dalam tempoh 21 hari bekerja.
  2. Mengeluarkan bil cukai pintu 2 kali setahun sebelum 31 Januari dan 31 Julai setiap tahun.
  3. Mempertimbangkan segala bantahan dan rayuan cukai taksiran dalam tempoh 90 hari.                        
  4. Permohonan pindah milik / tarekah akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap di terima.
  5. Permohonan kebenaran merancang di proses dalam tempoh 90 hari.
  6. Setiap permohonan tukar syarat tanah dan permohonan tanah kerajaan di ulas dalam tempoh 15 hari bekerja.
  7. Khidmat nasihat perancang akan di selesaikan dalam tempoh 24 hari bekerja.
  8. Ulasan pelan Permohonan Kerja Tanah di proses dalam tempoh 15 hari bekerja.
  9. Permohonan lessen akan diselesaikan tidak melebihi 20 hari bekerja bagi lesen-lesen berisiko tinggi dan 7  hari bekerja bagi permohonan lessen tidak berisiko.
  10. Tempoh untuk memproses kelulusan pemohonan pelan lanskap adalah dalam tempoh 10 hari bekerja , maklumbalas / tindakan terhadap aduan berkaitan lanskap akan di laksanakan dalam masa 14 hari bekerja.
  11. Semua pelan pembangunan jalan / parit akan di beri ulasan dalam tempoh 10 hari.
  12. Sebarang aduan dan laporan kerosakan kecil / longkang / jalan di ambil tindakan dalam tempoh 3 hari.
  13. Melaksanakan pengurusan sisa pepejal dengan cekap dan pungutan serta pembersihan di jalankan setiap hari secara berjadual di pusat bandar, tempat-tempat awam dan pusat perniagaan manakala setiap 2 hari sekali di taman-taman perumahan serta kawasan-kawasan lain.
  14. Menyelesaikan aduan kebersihan dalam tempoh 3 jam.