Terma Penggunaan Data Terbuka
DEFINISI
- Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.
- Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan.
- Majlis Bandaraya Kuala terengganu akan mengambil bahagian di dalam menyumbang data kepada Portal Data Terbuka Sektor Awam Malaysia agar boleh dimanfaatkan oleh semua pengunjung.
PENGGUNAAN DATA
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah berdasarkan tatacara dan mematuhi terma dan syarat :-
Rujuk Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.
https://www.data.gov.my.