MENU
 

KEKOSONGAN PREMIS / PASAR MILIK
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

PREMIS PASAR AWAM

 

TATACARA DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN MENGISI KEKOSONGAN PREMIS MILIK
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

1. Taraf kerakyatan pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun ke atas serta sihat tubuh badan;

2. Pemohon dikehendaki melihat keadaan lokasi premis terlebih dahulu sebelum memohon kekosongan premis;

3. borang permohonan hendaklah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Satu salinan fotostat kad pengenalan pemohon (tidak dikembalikan);
  • Sekeping gambar bersaiz passport (tidak dikembalikan);
  • Satu salinan fotostat Pendaftaran Perniagaan (SSM); dan
  • Salinan penyata bank (3 bulan terkini) .

4. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Bahagian Pengurusan Harta selepas tiga (3) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya;

Borang Permohonan yang telah siap diisi hendaklah diserah ke Kaunter Setempat No, 5, Aras Bawah, Majlis Bandaraya Kuala terengganu, Menara MBKT, No. 1 Jalan Warisan Tanjung 1, 20000 Kuala Terengganu.

 

**Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 09-612 1641/1642

 

Catatan : 

Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Setempat No. 5, Aras Bawah, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Menara MBKT, No. 1 Jalan Warisan Tanjung 1, 20000 Kuala Terengganu

atau secara atas talian di pautan di bawah :-