MENU
 

Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT) telah mengadakan satu Sesi Perbincangan Berkumpulan  Berfokus (FGD) bagi Kajian Pelan Induk Lalu Lintas dan Pengangkutan Di Pusat Bandaraya Kuala Terengganu pada 16 Oktober 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, aras 6, Menara MBKT.

Beberapa orang pakar perunding telah dijemput menyertai perbincangan tersebut yang dihadiri oleh 40 orang wakil dari agensi kerajaan dalaman dan luaran, pengusaha pengangkutan, wakil peniaga dan persatuan.

Objektif FGD berkenaan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan isu-isu semasa berkaitan lalu lintas dan pengangkutan serta membincangkan cadangan awal penyelesaian masalah lalu lintas dan pengangkutan.

SESI PERBINCANGAN BERKUMPULAN BERFOKUS (FGD)

[ GALERI FOTO ]