MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) telah mengadakan Sesi Libat Urus dan Taklimat Pengurusan Fasiliti (FM) pada 12 Disember 2024 bertempat di bilik mesyuarat aras 6, Menara MBKT.

Sesi libat urus ini telah dihadiri seramai 70 orang peserta yang diwakili oleh pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC), ejen pengurusan dan lain-lain agensi.

Sesi libat urus dan taklimat pengurusan fasiliti ini juga diadakan bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta berkenaan pengurusan fasiliti terutamanya di bangunan berstrata.

Sesi Libat Urus dan Taklimat Pengurusan Fasiliti (FM)

 

[ GALERI FOTO ]