MENU
 

img

img

Majlis tersebut telah diadakan pada 25 Mei 2014 (Ahad) bermula dari Dataran Batu Burok sehingga ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu dengan jarak sejauh lebih kurang 3.2 km. `Purple Walk' merupakan program tahunan yang melibatkan wanita di setiap agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), persatuan-persatuan wanita dan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB. Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu manakala Majlis Perasmian pula telah disempurnakan oleh YAB. Dato' Hj. Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.